Kenali Herba





Nama Saintifik

Gynura procumbens

Family

Astreaceae

Nama Tempatan

Sambung nyawa, kecam akar, dewa raja, akar sebiak, leaves of the gods

Keterangan

Gynura procumbens ialah tumbuhan herba semusim dengan pertumbuhan yang pantas. Ia boleh membesar hingga kira-kira 10–25 cm tinggi, sangat bercabang dengan daun berwarna hijau berbulu dan tersusun secara berselang pada batang ungu yang berbulu. Daun berwarna hijau muda sehingga hijau gelap, hampir licin apabila disentuh. Ia menghasilkan bunga tubul ungu dwijantina.

Kegunaan

Secara tradisi, sambung nyawa telah digunakan sebagai tampalan atau ekstrak rebusan untuk merawat penyakit yang terdiri daripada penyakit kulit dan demam sehingga kepada penyakit buah pinggang dan kencing manis. Malah daun tumbuhan itu dimakan mentah untuk kesihatan yang menyeluruh (Vejanan et al. 2012). Sambung nyawa juga dilaporkan berguna untuk tekanan darah tinggi, antiradang dan kanser kolon (Perry 1980, Ong et al. 2011).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)